Tuesday, 1 November 2011

Herba digunakan dalam masakan dan juga dalam perubatan. Di China, herba terkenal dengan teknik mencampur beberapa jenis herba dijadikan satu ramuan untuk sesuatu penyakit. Ia digunakan bukan hanya luaran, malah dikadikan bahan untuk dicampur dengan masakan. Begitu juga teknik perubatan India. Untuk Indonesia dan Malaysia lain pula kaedahnya. Makanan yang bercampur baur dengan ramuan herba perubatan tidak berapa digemari. Oleh itu teknik lain digunakan iaitu dengan rebusan air (Malaysia) ataupun maajun (Indonesia). Tapi hasilannya sama...

Peranan Herba Dalam Perubatan

Sejak ribuan tahun dahulu, perubatan melalui herba telah diperkenalkan. Ayurveda, perubatan tradisional India yang mengamalkan konsep perubatan herba terbukti mampu mengubati banyak penyakit. Begitu juga perubatan Cina dan perubatan tradisional Melayu yang bergantung kepada hasilan bumi. Walaupun perubatan dunia moden diperkenalkan, akan tetapi tidak dinafikan perubatan herba menjadi pilihan orang yang tahu keberkesanannya dan sifar dalam kesan sampingan. Anda bagaimana?